As’kum..
Setelah bertahun-tahun menggunakan Tumblr sebagai platform personal diary (versi online), hari ni aku akan menutup blog ini dengan rasminya. Kenapa aku buat keputusan taknak guna Tumblr lagi? Hurm, mungkin aku rasa banyak perkara terbatas untuk aku buat. Maklumlah menumpang “rumah” orang. Hehe.
Dan semua post di blog ini dan justkhai di Khai’s Live Blog telah digabungkan menjadi satu dan di bawa ke domain www.ohkhai.com.
Jumpa di sana ya! Btw, thanks untuk korang yang follow Tumblr ku ini dan mana-mana Tumblr korang yang aku dah follow, akan tetap aku follow. Jangan risau.
Wassalam.
25 November 2010 - Biarpun perkara ni aku dah agak sejak hari pertama menerima panggilan telefon sebagai salah seorang reviewers untuk Maxis 10, tapi bila hari ni dapat tahu secara official sebagai pemilik rasmi kepada Nokia N8 ini, terasa jugalah sedikit teruja dan pekerjaan aku selama ni sebagai blogger separa masa, benar-benar berbaloi. Thanks Maxis! Entri ini sekadar note untuk diri sendiri.

Layan pulak aku layan lagu ni. Ni semua cikgu Shida tu nye pasal. Dia gi miming lagu ni. hehehe..
Sohaimi Mior Hassan feat Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran
Sejak dah makin sibuk, rasa macam dah jauh sgt diri aku ngan diari ni.. sorry la diari. Jangan marah eh… kalo marah nanti cepat tua.. kuikui..
Nak kata lama xde la lama sgt.. nengok last post pon minggu lepas.. Mungkin aku rasa macam lama sbb aku bantai post benda2 ntah merepek ape.. mahu tak terkujat galeri ni.. mesti dia rindu nak aku tulis bebel bebel ntah ape ape pasal diri aku kan? hahah!

Untuk hidup aku, takde apa yang best.. sama je macam before.. Cuma hidup aku dah lebih serious orang cakap. Zaman remaja aku dah habis. Masa untuk pandang masa depan dan menjadi lebih dewasa.
Oh ya, ada phone baru. Nokia N8. Maxis bagi so dalam seminggu ni, sibuk lenjan phone baru je untuk buat review kat justkhai.. ah lantok… hehehe.. sian cik eifa sampai dia jeles ngan Nokia N8 tu.. pegang pun dia x nak. Dia cakap aku duk sibuk main phone sampai lupakan dia..
Time dia ckp camtu, rasa nak buang je phone tu jauh jauh.. sorry sbb x perasan ye baby.. hehehe.. lepas ni janji x buat lagi..
Ok diari.. tu je.. papai!
p/s: gambar kat atas tu gambar snap guna Nokia N8. Cantik gila kan? mana la aku tak terkena kejutan budaya ngan phone tu. Satio pun x secantik tu.. Kamera dah sama dah 12mp.. hehe..
Sian dowh makcik ni.. Boleh plak dia nak padam tulisan kat screen tu guna palakat white fluid kan? ahahaha! Nape la x bersara lagi makcik..
Untuk yang baru nak main main photoshop, ni panduan untuk korang bagi melajukan kerja korang. Baru lebih creative dan inovative.. Hehe..

Ini pula blending mode. Senang korang nak compare berbezaan antara satu dengan satu yang lain.
Guys (or else, my diary). Nak tulis pendek je ni pendapat aku. Sebab tu aku tak tulis kat Justkhai. Ini pendapat aku pasal Firefox dan Chrome. Sebab kenapa kini aku gunakan dua browser ni berbanding browser yang lain.
Aku ada satu Probook Core 2 Duo dan 4GB RAM. Dan di kat situ aku buat segala kerja-kerja yang berat selama ni. Dan aku ada satu netbook dengan Intel ATOM dan 1GB RAM dan kena dengan spec dia, memang aku guna untuk surf social network, menulis blog dan baca blog orang.
So untuk Probook, aku guna Firefox. Sebabnya melalui Firefox ada macam-macam extension menarik dan serbaguna. Aku layan Twitter dengan Echofon, aku download video dari youtube or Facebook dengan DownloadHelper, Firebug dan macam-macam lagi. Pendek kata kat probook ni aku cukup lengkap dan memang berat sebab tool yg ada kat Firefox tu memang memudahkan aku.
Di Netbook, aku gunakan Google Chrome. Memang tak boleh nafikan yang Chrome ni memang ringan. Dan di Chrome, aku takkan install apa-apa add-ons bagi memastikan bila aku klik je logo Chrome tu, Chrome akan terus terbuka dan ready untuk digunakan bawah 2 saat. Dan itulah kehebatan Chrome. Chrome add-ons memang banyak, tapi tak sebanyak dan sehebat apa yang ada di Firefox. So untuk web developer macam aku, guna Chrome untuk buat kerja, memang menyakitkan. Untuk surf-surf pada spec sebuah Netbook, memang tindakkan yang betul.
So itu pendapat aku dari keperluan seharian aku. Dan sebab mengapa dua browser ini sampai sekarang menjadi pilihan aku berbanding yang lain (sekali guna dah uninstall).
Till then..